Saturday, January 10, 2009

AFIK : MUQADIMAH


PENGENALAN

Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam, Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, penghulu dan penutup sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul, keluarga baginda, para sahabat yang terpuji dan umat islam seluruhnya. Pertama dan selamanya , setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya telah mengiziznkan kita merangaka satu kertas keja cadangan Akademi fasilitator Islam Kedah (AFIK). Semoga usaha kita yang kecil ini akan dipandanga dengan pandangan rahmat daripada Allah S.W.T. Kita juga mengharapkan segala usaha dan sumbangan dari kita semua ini sama ada secara langsung atau tidak akan mendapat balasan yang setimpal dari-Nya. Insya-Allah.

LATAR BELAKANG

Menyedari pentingnya tenaga fasilitator dalam menjana program pembangunan modal insan, kelab ini ditubuhkan atas dasar kesedaran betapa pentingnya generasi masa kini sebagai aset negara untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara selari dengan tuntutan agama. Melihat kepada tenaga fasilitator sebagai nadi utama penggerak kepada program-program pembangunan modal insan seperti perlaksanaan Kem Bina Sahsiah, maka pentingnya diwujudkan satu medium untuk melatih dan melahirkan tenaga fasilitator yang mempunyai kesatuan pemikiran dan kesatuan kerja.


VISI

Beriltizam untuk melahirkan Fasilitator yang boleh membimbing diri dan orang lain ke arah melahirkan masyarakat rabbani

MISI

1) Menjadi tempat untuk melahirkan tenaga fasilititator yang berkualiti.
2) Membantu menjayakan program-program pembangunan insan
3) Menjadi medium aplikasi ilmu, pengetahuan dan kemahiran


OBJEKTIF

a) Memberi peluang kepada Fc untuk mengembangkan bakat dlm bidang membimbing manusia
b) Membekalkan tenaga Fc yang berkualiti dan mampu berdaya saing.
c) Memberi pendedahan dan pengalaman berkenaan kepada fasilitator berkaitan ilmu dan kemahiran membimbing diri dan manusia.
d) Mempelbagaikn modul dan pengisian yang mampu memberi impak tarbiyah diri kepada tenaga fasilitator itu sendiri
e) Mengatur sistem pengurusan yang sistematk melalui perancangan yang selari dengan matlamat yang ditetapkan

MOTTO

"Membentuk Insan Rabbani"

0 comments: